Description
Nak Buat Bisnes & Nak Cari Duit Lebih!
Tapi Masih Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa?
Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Saya Menjana RM7k Sebulan Dengan Hanya Menjual Air Sahaja!
Assalammualaikum & salam hormat buat anda… seorang usahawan atau bakal usahawan!
Izinkan saya menceritakan seba sedikit pengalaman serta latar belakang saya!
Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.
Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000.
Apa yang lebih menarik lagi… pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!
Ya! 3 balang air sahaja!
Tapi Alhamdulillah… Setiap hari.. ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual!
Ianya bukanlah nasib semata-mata…. Tapi ada “STRATEGI RAHSIA” yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini
Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%
Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)
Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh… Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00… Bermakna anda sudah memperolehi RM120… Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Begitu juga dengan air-air yang lain…. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini… selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.
Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?
Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!
Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!
Anda mungkin berfikir… “Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000… Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!”
Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.
Pertama sekali, dari segi MODAL!
Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.
Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!
Tapi! Cuba anda fikir… Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta “evo” anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula..
Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?
Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual “sold-out” berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga “Otai” orang kata….. Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!
Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!
Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah… TAPI..
Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!
Jadi!..
- Macam mana nak tarik pelanggan?
- Macam mana nak buat air yang sedap?
- Macam mana nak jimatkan kos?
- Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
- Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!
Berita Baik!… Anda Tidak Perlu Pening Kepala Lagi!
Saya juga dulu sama seperti anda! Minat untuk berniaga itu memang sudah berkobar-kobar! Tapi ilmu tentang bisnes ini agak ZERO! Konon-konon dah tahu buat air yang tersedap maka bisnes akan meletop! Tapi sangkaan saya jauh meleset!
Rupa-rupanya, masih banyak perkara-perkara yang saya tak tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa saya lakukan, ianya membuang masa, membuang duit dan tenaga. Maklumlah, sewaktu saya bermula dulu, tiada panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang pakar tentang perkara ini. Saya hanya main redah sahaja!
Hasilnya begitu mengecewakan! Hasil jualan yang tidak seberapa! Payung yang rosak dan terbang di tiup angin! Air-air yang terpaksa dibuang ke longkang.. ianya antara pengalaman sedih yang pernah saya lalui!
Jadi, saya tidak mahu anda turut mengulangi kesilapan saya serta melalui perkara-perkara yang menyedihkan itu. Situasi sebenar bisnes air balang, mungkin tidak sama seperti mana yang anda bayangkan.
Disebabkan itu, saya telah menulis sebuah ebook yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!
Memperkenalkan!…
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang!
Makluman
Ini adalah merupakan sebuah ebook (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke emel anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya berniaga air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang saya kongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.
Ada 60 mukasurat yang padat dengan info-info real dari seorang “usahawan yang real” yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah “ebook teori” atau “ebook resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.
Apa Yang Di Bongkarkan Dalam Ebook Ini?
Baiklah! Saya tidak mahu berselindung dengan anda… berikut adalah apa yang saya tulis dan hidangkan kepada anda menerusi ebook ini!
Dalam bab permulaan ini, saya tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?
Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!
Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga saya tunjukkan kos anggarannya disini!
Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga… sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.
Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.
Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang “hot” yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!
Saya bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!
Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.
Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan.
Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!
Ada 5 Tips “REAL” yang saya kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “peniaga sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?.
Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!
Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!
Di dalam bab ini saya kongsikan “20 Resepi Jus Yang Paling Laris” di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada saya tunjukkan.
20 Resepi Jus Buah tersebut adalah…
- Jus Mangga
- Jus Tembikai Susu
- Jus Tembikai
- Jus Carrot Susu
- Jus Asam Boi & Limau Kasturi
- Jus Mata Kucing
- Jus Air Jagung
- Jus Nenas Madu
- Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
- Air MILO
- Air Laici Susu
- Air Blue Hawaian Lemonade
- Air Teh Bunga
- Air Kelapa Muda</li >
- Air Bandung Cincau
- Air Barli
- Air Cincau
- Jus Ciku
- Jus Epal Asam Boi
- Jus Kiwi
Ada 7 tips sulit yang saya kongsikan di dalam bab ini! Saya kongsikan apakah sebab saya meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang saya berikan dalam bab 5 sebelum ini.
Dalam bab ini juga saya kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!
Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada saya kongsikan di dalam bab ini!
Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, saya ceritakan semua strategi serta apa yang saya lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan!
- Balang air jenis apa yang saya gunakan?
- Air apa yang saya jual?
- Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
- Apa teknik yang saya gunakan untuk menarik pelanggan?
- Dimana lokasi strategik serta bagaimana saya menyusun balang air?
- Bagaimana saya gandakan keuntungan saya sehingga 3 kali ganda?
Semuanya saya bongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini!
WOW! Begitu banyak ilmu serta rahsia yang saya bongkarkan di dalam ebook ini! Saya pasti, sebaik sahaja anda selesai membaca ebook ini, anda pasti akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk berniaga air balang! Anda sudah tidak perlu lagi susah-susah untuk buat “trial & error” seperti mana yang pernah saya lakukan dulu.
Jalan shortcut sudah tersedia untuk anda! Anda boleh ambil pengalaman saya berniaga selama 8 tahun, hanya dalam masa beberapa jam sahaja dengan cara membaca ebook ini.
Bukankah itu cara yang lebih mudah dan bijak?
Tidak Percaya? Lihat Testimoni Ini!
Berikut adalah antara feedback dari mereka yang telah membeli ebook ini dan mengamalkan ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya.
Berapakah Pelaburan Untuk Saya Memiliki Ebook Yang Hebat Ini?
Terus-terang saya katakan! Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan tidak murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar saya berniaga di bazar ramadhan yang mana telah terbukti berjaya memberikan hasil lumayan di dalam perniagaan saya dan juga perniagaan orang lain yang membaca ebook ini!
Harga untuk ebook ini.. Hanyalah RM250 sahaja! Ianya masih murah dan setimpal dengan pulangan yang bakal anda perolehi apabila menjalankan bisnes air balang ini!
Tapi… untuk anda yang bertindak segera dan mendapatkan ebook ini hari ini juga, saya akan berikan harga mampu milik, iaitu pada harga serendah RM 80 sahaja!
Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM 80 sahaja!
Jika anda dah bersedia untuk bermula, klik butang “Dapatkan Sekarang!” di bawah untuk lakukan tempahan …
Makluman
Ini adalah merupakan sebuah ebook (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke emel anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Masih Lagi Ragu-Ragu Dan Tak Yakin Nak Buat Tempahan?
Mari saya berikan lagi satu tawaran berat sebelah kepada anda.
Niat saya ingin membantu. Saya faham situasi anda. Anda khuatir pelaburan anda mungkin akan menjadi sia-sia?
Anda rasa RM 80 ini macam tak berbaloi?
Jangan risau.! Buang segala keraguan anda itu.
Kerana saya ada jaminan pulangan wang 100%.
Insurans Ilmu & Jaminan Pulangan Wang 100%!
Sekiranya anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda
Saya akan pulangkan wang anda sepenuhnya RM 80.
Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!
Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.
Kalau anda perasan? Sebenarnya kan…
Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, saya sendiri yang akan tanggung.
Klik Gambar Dibawah Untuk Tempahan!!
Makluman
Ini adalah merupakan sebuah ebook (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke emel anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Reviews
There are no reviews yet.