Description
Bagaimana Saya Menjana Jualan Lebih RM10,000 Sebulan Di Lazada?
Mari Saya Tunjukkan Kepada Anda, Supaya Anda Juga Boleh Melakukannya!
Lazada adalah merupakan satu platform marketplcae yang terbesar di Asia!
Walaupun saya turut menjual di platform-platform marketplace yang lain seperti Shopee, Lelong dan juga di website sendiri… Lazada tetap menjadi penyumbang yang terbesar terhadap jualan produk saya sejak tahun 2015.
Setiap minggu, jualan yang saya perolehi adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,000 seminggu.
Dalam tempoh sebulan.. dapatlah sekitar RM10,000 menerusi platform Lazada sahaja!
Oklah tu kan? Lepaslah nak bayar duit ansuran bulanan rumah, kereta , duit sekolah anak, duit makan-minum serta sedikit duit untuk menyimpan!
Itu baru dari Lazada sahaja…. tak campur lagi dari Shopee dan Lelong!
Maklumlah! Kita orang berniaga ni.. kena banyakkan channel / tempat jualan… baru boleh dapat hasil lebih banyak! Tak bolehlah bergantung dan berniaga di satu tempat sahaja!… Sebab, kalau jadi apa-apa kat tempat tu… dah susah kita nanti!
Pentingnya Menjual Di Tempat Yang Betul!.
Di dalam ilmu perniagaan konvensional.... Jika anda ingin membuka sebuah kedai! Perkara yang paling…. paling… paling PENTING adalah…. Lokasi! Lokasi! Lokasi!
Lokasi kedai memainkan faktor yang sangat besar yang akan menentukan sama ada ramai orang akan datang ke kedai anda untuk membeli.. atau tidak!
Sudah tentunya, sangat berbeza bilangan pengunjung sebuah kedai yang dibuka di hujung kampung, dengan kedai yang dibuka di KLCC atau Midvalley.
Lokasi kedai yang terbaik adalah lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai dan ramai pengunjung!
Di dalam dunia bisnes online pula!
Pengunjung yang ramai adalah bererti bilangan trafik yang banyak!
Website Lazada… menerima trafik sekitar 20 juta pelawat SEBULAN!
Bermaksud, dalam sehari… sekitar 700,000 pelawat datang ke website Lazada dengan niat.. MAHU MEMBELI!
Ya! Tidak seperti Facebook atau Instagram.. dimana, pengunjung yang masuk ke website tersebut, adalah lebih kepada ingin bersosial sahaja! Jarang-jarang orang masuk ke facebook sebab nak beli barang!
Tetapi di LAZADA? Boleh dikatakan, majoriti mereka yang masuk ke website Lazada… MEMANG NAK MEMBELI sesuatu! Ianya seperti orang lapar yang sedang mencari makanan! Tinggal letak je… mesti habis licin!
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Jual Produk Anda Di Lazada!
Jualan Mencecah 6 Angka Sehari!
Ya! Jangan pandang rendah dengan kempen-kempen pemasaran yang dijalankan oleh pihak Lazada seperti Kempen 11.11 dan juga kempen 12.12 yang selalu dilakukan oleh pihak lazada setiap tahun!
Tahun lepas, sewaktu kempen 11.11 di jalankan, ada peniaga yang berjaya menjana jualan sehingga 6 Angka dalam tempoh sehari sahaja!
Ini adalah bukti jualan sebenar seorang peniaga di Lazada dalam tempoh 1 hari sahaja, iaitu semasa kempen 11.11 dijalankan!
Baiklah! Jualan 6 angka sehari diatas mungkin agak extreme! Peniaga tersebut mungkin seorang peniaga yang sangat berpengalaman dan mempunyai stok barangan yang sangat banyak!
Mari kita lihat pula hasil peniaga-peniaga yang lain, iaitu peniaga-peniaga kecilan seperti saya… Rata-ratanya, berjaya menjana jualan 4 angka sehari sewaktu kempen jualan diadakan oleh pihak Lazada!
Tapi Awas! Anda Juga Mungkin Boleh Rugi!
Ada juga saya dengar, ada beberapa orang yang main cuba-cuba sendiri untuk menjual di Lazada, tetapi akhirnya mereka mengalami kerugian! Puncanya… mereka tidak faham cara sebenar berniaga di Lazada.
Saya sendiri pernah mengalami kerugian yang teruk untuk order pertama yang saya terima di Lazada!
Puncanya, adalah disebabkan saya tidak begitu mahir tentang bagaimana proses penjualan dan penghantaran di Lazada dijalankan… walaupun pada waktu itu, saya telah menghadiri kursus secara online di Lazada University dan telah dapat sijil hadir latihan dan ujian dengan jayanya.
Namun teori tidak seindah praktikal… Selepas meletakkan barang saya di website Lazada, untuk hari pertama sahaja saya telah berjaya mendapat 5 order! Dalam tempoh kurang semiggu, 5 barang tersebut telah selamat sampai kepada pelanggan, tetapi mengikut rekod Lazada saya belum lagi menghantar barang tersebut!
Akhirnya duit yang dibayar pelanggan dikembalikan kepada mereka, kiranya mereka dapat barang free dan saya kerugian hampir RM500 untuk tempoh sehari.
Tapi itu adalah cerita 5 tahun dulu, ia menjadi pengajaran yang sangat berguna kepada saya untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan tepat tentang selok belok berniaga di Lazada!
Sekarang?
Alhamdulillah… saya telah berjaya menjana sehingga 5 angka sebulan di Lazada.
Ramai juga yang bertanya dan meminta nasihat….. bagaimana saya berjaya memperolehi jualan sehingga 5 angka dengan hanya menjual di Lazada?
Maka, ianya membuatkan saya tergerak hati untuk menghasilkan sebuah panduan mengenainya!
Memperkenalkan! Panduan Lengkap Menjual Barang Di Lazada!
Makluman
Ini adalah merupakan sebuah ebook (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke emel anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Panduan ini dihasilkan untuk membantu anda yang mahu menjual di Lazada supaya anda tidak menanggung rugi seperti mana yang pernah saya alami dulu sewaktu mula-mula menjual produk di Lazada. Di dalam ebook ini, saya terangkan satu demi satu langkah-langkah untuk melisting barang dan memproses order secara betul di Lazada.
Pepatah inggeris ada menyebut, Don’t Reinvent the Wheel. Anda tak perlu bersusah payah untuk cuba jaya sendiri dan mencari-cari cara yang tepat untuk menjual barang di Lazada. Semuanya sudah saya terangkan dan jelaskan di dalam panduan ini. Anda hanya perlu ikut & tiru saja. Belajar dari kesalahan orang lain, adalah lebih murah dan mudah daripada belajar dari kesalahan diri sendiri.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Ebook Panduan Bisnes Lazada Ini?
Dalam ebook panduan ini, saya dah tulis dan tunjukkan siap-siap. Secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Lazada, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada cara nak pos barang tu kepada pembeli!
Ia memang complete! Antara perkara-perkara penting yang saya tulis di dalam ebook ini ialah..
- Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada
Saya tunjukkan langkah demi langkah secara bergambar, bagaimana untuk mendaftar dengan betul untuk menjadi penjual di Lazada. - Cara Listing Produk Yang Tepat!
Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyenaraikan produk anda di website Lazada. Dalam ebook ini, saya tunjukkan secara bergambar step-by-step bagaimana melakukannya. Ada beberapa bahagian penting yang perlu anda titik beratkan sewaktu membuat penyenaraian barangan anda. Jika anda tidak “cakna” tentang perkara ini, anda mungkin akan mengalami kerugian! - Cara Proses Order!
Ah ha! Mungkin bunyi macam mudah… Apa yang susahnya? Bila dah dapat order… hantar sahajalah barang tu kepada customer! Tapi… Disinilah kesilapan yang telah saya lakukan dan menyebabkan saya kerugian RM500 untuk order pertama yang saya terima di Lazada! Semuanya hanya disebabkan saya terlupa klik satu “Link” pada bahagian memproses tempahan ini! - Cara Selesaikan Masalah Pelanggan!
Ya! Setelah anda berjaya menjual kepada ramai orang, pastinya akan wujud satu dua masalah yang perlu anda hadapi! Antaranya seperti barangan tidak sampai kepada pelanggan, barang rosak apabila sampai ke tangan pelanggan dan sebagainya! Jadi, ada satu bab dalam ebook ini saya ceritakan, bagaimana untuk menangani masalah tersebut dengan profesional. - Cara Promosi Produk Anda Di Lazada!
Walaupun di Lazada sudah ada berjuta pelawat sebulan, tetapi anda juga perlu lakukan sedikit promosi agar barang anda dapat menarik perhatian pembeli dan membolehkan barangan anda terjual dengan lebih cepat dan lebih banyak. Pihak Lazada sudah menyediakan 7 tools yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan barangan anda! Saya tunjukkan setiap satu cara menggunakannya! - Cara Design Lazada Store Anda!
Susunatur kedai yang cantik dan kelihatan profesional akan membantu Lazada store anda untuk lebih menonjol berbanding kedai lain. Ia juga akan mempengaruhi keyakinan pelanggan untuk membeli di kedai anda! Saya tunjukkan juga bagaimana cara untuk melakukannya! - Cara Promosi Lazada Store Anda!
Ada 7 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosikan kedai Lazada anda! Semuanya dilakukan secara Percuma sahaja! - Sumber Borong Produk
Ada beberapa tempat dan website yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber produk secara borong! Saya kongsikan sumber tersebut - Cara Jual Produk Secara Dropship!
Ah ha! Nak jual produk secara Dropship di Lazada ni ada lain sikit! Tak sama seperti anda menjual produk dropship di Shopee, Facebook ataupun Instagram! Dalam panduan ini, ada satu bab khusus, saya tunjukkan cara yang sebetulnya… bagaimana mahu menjual produk secara dropship di Lazada!
Berminat Nak Dapatkan Ebook Panduan Ini?
Ops! Sebelum itu! Saya minta maaf terlebih dahulu dan saya mahu berterus-terang dengan anda! Ebook ini bukanlah sesuai untuk semua orang… Antara orang yang tidak sesuai untuk mendapatkan ebook ini ialah.
- Orang Yang Sudah Lama Berniaga Di Lazada!
Ya! Jika anda sudah lama berniaga di Lazada, ebook ini mungkin kurang sesuai untuk anda! Anda mungkin sudah selesa dan gembira dengan teknik yang anda gunakan! Jadi anda tidak perlu dapatkan ebook ini! . - Orang Yang Tidak Pernah Membeli Di Lazada
Untuk menjadi seorang penjual di Lazada, maka, anda perlu percaya pada platform Lazada ini dan perlu mempunyai pengalaman membeli di Lazada terlebih dahulu. Jika anda tidak pernah membeli di Lazada sama ada sebab “takut ditipu” atau sebab “tidak faham” cara membeli di Lazada. Anda perlu buang dahulu perasaan takut itu dan perlu belajar dahulu cara membeli. Jika “cara membeli” pun anda tidak faham, maka, anda pasti tidak akan faham “cara menjual”, kerana “cara menjual” adalah 10x ganda lebih rumit dari “cara membeli”. - Orang Yang Langsung Tiada Sebarang Idea / Produk Untuk Dijual!
Jika anda masih belum mempunyai sebarang produk atau langsung tiada sebarang idea mahu menjual apa? Anda juga tidak digalakkan mendapatkan ebook ini! Saya sarankan anda download dulu ebook “6 Website Supplier” dibawah dan dapatkan dahulu idea atau produk yang mahu dijual! Kemudian, baru dapatkan ebook panduan bisnes lazada ini!
Jika anda adalah orang yang masih belum mempunyai sebarang idea atau produk yang mahu dijual! Anda boleh muatturun ebook dibawah secara Percuma! hanya perlu masukkan nama & email anda dibawah, dan saya akan emailkan ebook ini kepada anda nanti!
Sudah Bersedia Untuk Dapatkan Ebook Ini?.
Baiklah! Jika anda tidak tergolong dalam 3 golongan yang saya sebutkan diatas dan anda betul-betul berminat untuk dapatkan ebook ini! Saya ada berita gembira untuk anda! Jika anda dapatkan ebook Bisnes Lazada ini hari ini juga! Saya akan berikan anda 2 ebook BONUS Istimewa yang dapat melengkapkan lagi ilmu anda untuk berniaga di Lazada! .
Bonus Tambahan 2 Buah Ebook Special!
EBOOK BONUS #1 – PANDUAN EXPRESS BERNIAGA DI LELONG
Alang-alang sudah berniaga di Lazada, apa kata anda berniaga juga di Lelong.my? Lebih banyak channel jualan, ianya lebih baik! Ibaratnya, ia seperti anda membuka banyak kedai di banyak tempat.
Jadi, di dalam ebook bonus ini, saya tunjukkan kepada anda, bagaimana untuk membuka kedai di website Lelong.my dengan pantas!
EBOOK BONUS #2 – EXPOSED! GAYA SANTAI URUS BISNES DI LAZADA!
Berniaga di Lazada ni, tak sama seperti berniaga di kedai fizikal. Kita tidak perlu duduk dan tunggu depan komputer sepertimana orang yang jaga kedai dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. Kita hanya perlu luangkan masa beberapa jam sahaja untuk uruskan kedai kita di Lazada!
Dalam ebook bonus ini, saya kongsikan jadual rutin harian saya! Pukul berapa saya semak order?, pukul berapa saya bungkus barang? dan pukul berapa saya pergi ke pejabat pos untuk buat penghantaran.
Semuanya saya lakukan hanya secara santai sahaja!
EXTRA BONUS – FB GROUP SUPPORT!
Ya! Tidak cukup dengan 2 ebook Bonus tambahan diatas! Saya juga turut menyediakan sebuah Facebook Group khas untuk anda yang mendapatkan ebook ini pada hari ini!
Dalam group ini, anda boleh bertanya soalan jika anda ada sebarang perkara yang mungkin anda kurang jelas setelah membaca ebook Bisnes Lazada ini!.
Di dalam group ini juga anda boleh saling mengenali pembaca-pembaca ebook yang lain dan berkongsi info dan tips yang terkini!
Jadi,anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan ditinggalkan berseorangan setelah anda mendapatkan ebook ini!
Klik Butang Dibawah!.
Baiklah! Tanpa melengahkan masa lagi! Anda boleh klik butang hijau “Dapatkan Sekarang!” atau gambar ebook dibawah untuk mendapatkan ebook ini!
Harga? Berapakah harga ebook ini?
Saya tidak akan bermain potong-potong harga dengan anda!
Direct sahaja saya katakan… saya tawarkan pakej ebook Panduan Bisnes Lazada ini dengan harga yang cukup murah dan berbaloi!
Iaitu…. Hanya RM100 sahaja! Ya! RM100 sahaja!
Namun begitu, saya tidak dapat janji harga ini akan kekal untuk selamanya!
Jadi, lebih baik anda dapatkan ebook ini hari ini juga sebelum saya berubah fikiran menaikkan harga ebook ini atau menarik semula 2 bonus tambahan yang saya tawarkan bersama ebook ini!
Makluman
Ini adalah merupakan sebuah ebook (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke emel anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dikembalikan!.
Dengan setiap pembelian ebook “Bisnes Lazada” ini, saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.
Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda, saya akan pulangkan wang RM100 anda.
Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!
Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.
Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung.
Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!
Klik gambar ebook di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Bisnes Lazada ini pada harga RM100 sahaja SEKARANG ..
P/s :- Saya telah catitkan semua pengalaman saya berniaga di Lazada di dalam ebook ini hingga menjadi setebal 220 mukasurat! Ianya adalah ebook panduan yang lengkap yang akan mengajarkan kepada anda cara yang betul untuk berniaga di Lazada!
P/p/s:- Oh ya! Saya tidaklah menjamin anda PASTI akan mendapat jualan 4 angka seminggu di Lazada setelah membaca ebook ini! Ianya bergantung kepada pelbagai faktor serta usaha anda dimana ianya adalah diluar kawalan saya.
P/p/p/s:- Info dan ilmu di dalam ebook ini hanyalah bertujuan untuk membantu anda bermula dengan pantas tanpa anda perlu membuang masa, tenaga dan wang di dalam mencuba dan mencari-cari cara yang betul untuk mula berniaga di Lazada.
Reviews
There are no reviews yet.